Wednesday, October 19, 2016

Kuih Pukis

Resepi kue pukis ni dah lama saya simpan. Bila nak buat, baca resepi pastu tangguh buat sebab kena perap sejam untuk yis aktif. Selalunya nak buat pepagi buta sebelum pegi opis.


Kuih ni pernah jadi viral satu ketika dulu akibat perbuatan makhluk tidak bertanggungjawab yang telah mengedit gambar yang diambil di sebuah gerai menjual kuih ini. Ejaan pukis telah dipadam huruf S menyebabkan nama kuih iti menjadi perkataan kurang sopan.

Kuih no berasal dari negara jiran kalau tak salah saya. Sangat lembut seakan2 kaya ball. Rugi kalau tak cuba resepi ni. Anak2 dan jiran yang datang membantu membalut hamper untuk pertandingan bowling anjuran surau pun suka kuih nih. Jadi apa tunggu lagi...jom buat ikut resepi yang saya cnp dari aznie khasri nih.....



Kue Pukis

BAHAN IBU YIS..
1 s/t yis segera
1 s/b gula pasir
25g air suam kuku
-campurkan semua bahan diatas.. biarkan hingga ia berbuih lbh krg 10 minit...

BAHAN-BAHAN..
3biji telur (A)
130g gula pasir
250g tepung gandum
1 s/t ovelatte
200g susu cair (bole juga klu nk guna santan)
125g air suam
50g susu pekat manis
sedikit esen vanila

BAHAN SAMPINGAN..
coklat rice
color rice
buah cerry
parutan cheddar cheese

-yg ni ikut citarasa kita je....

Cara2 nya

Satukan susu pekat manis, susu cair dan juga air suam. Gaul hingga sebati. Ketepikan.

Dalam bekas lain, satukan telur, ovelatte, gula dan juga garam. Pukul hingga kembang dan putih. Masukkan pula adunan yis tadi. Pukul sebati.

Kemudian masukkan tepung dan juga campuran susu tadi secara berselang seli sambil pukul hingga sebati.

Kemudian perapkan dulu selama 1 jam.
Panaskan acuan kuih pukis atau boleh guna acuan dangai. Sapukan acuan ngan sedikit minyak...untuk memastikan kuih kita x melekat pula nanti...(pastikan api kecil ye jgn besar pl) - saya sapu masa mula2 panaskan saja. Lepas tu tak sapu dah untuk.dapatkan warna yang sekata.


Sudukan adunan ke dalam acuan, kemudian tutup. Apabila adunan hampir masak, taburkan ngan bahan tabur ikut citarasa. Kemudian tutup lagi. Tunggu hingga masak.. (jangan tabur masa kuih dah masak ye.. nanti x melekat plk).

Apabila dah masak.. bole la diangkat dan dihidangkan...sedap mkn waktu panas juga sejuk... ia xkn keras.. lembut je.. walu pn dh sejuk...
SELAMAT MENCUBA....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...