Thursday, October 27, 2016

Kuih Lopes


Kuih lopes yang selalu saya sebut lopez d sequeira......nama org portugese yang dihantar meninjau melaka suatu masa dulu. Bila makan kuih ni jer teringat kat pakcik lopez tu. Nama yang keluar dalam buku sejarah penjajahan portugese kat malaysia nih.....huhuhu.

Kuih ni simple jer nak buat. Sedap pulak tu. Yang minat pulut lagi la suka. Saya suka cuma tak boleh makan banyak dan dalam keadaan perut kosong.....sakit kepala nanti. Jom la buat...

Ada cara lain juga buat kuih ni....Ada yang tanak separuh masak, kemudian balut 3 segi tu....atau balut bulat2 macam lontong dengan daun pisang pastu kukus sampai masak.... Saya punya versi sempoi...tanak jer pastu tekap. Rasa mabeles juga....😙



Kuih lopes

Bahan2nya

2 cawan beras pulut
2 cawan air (atau air daun pandan)
sedikit garam

Masak seperti masak nasi.

Kelapa parut yg digaul garam secukup rasa (saya kukus kelapa ni supaya tahan lama)

Air gula melaka

2 ketul gula melaka
2 cawan air
1 helai daun pandan disimpul

Masak hingga semua gula larut dan air gula sedikit pekat.

penyediaannya

Ambil sesenduk pulut yang telah nasak dan leperkan. (Saya alas dengan plastik supaya tak melekit2)  Ambil gelas atau cawan plastik. Celupkan gelas di dalam air dan tekap pulut. Gaulkan dengan kelapa parut. (Ulang proses hingga selesai - setiap kali celup gelas dalam air untuk mengelakkan pulut melekat pada gelas). Hidangkan bersama air gula.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...