Monday, October 3, 2016

BUTTERMILK PANCAKE, LEMBUT MENYELERAKAN


Ermmmmmm.....sedapnya. Menu ringkas saya pagi rabu. Pancake buttermilk yang gebu dihidangkan bersama susu Dutch Lady Pure Farm. Buttermilk tu pun saya buat sendiri jer menggunakan susu Dutch Lady.

Macam-macam boleh buat dengan susu Dutch Lady ni. Bukan setakat masak pasta, masak nasi lemak, lauk pauk dan buat kuih muih dan pencuci mulut pun sesuai sangat. Pastinya hidangan tu nanti jadi hidangan yang lazat dan berkhasiat.

Susu Ducth Lady Farm Fresh ni memang pilihan saya dari dulu, kini dan selamanya. Sentiasa ada stok susu ni di rumah. Susu Dutch Lady Farm Fresh membekalkan kalsium untuk keluarga saya.....membantu proses tumbesaran anak-anak syurga saya.


Resepi Mat gebu saya cuba kali ni. Memang pilihan tepat. Gebu dan lembut sangat2 kejadiannya.

BUTTERMILK PANCAKE

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh sodium bicarbonate*(*disatukan, gaul rata dan ayak)
1 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam halus
1 cawan 'buttermilk' (saya guna 1 cawan susu segar dutch lady farm fresh + 1 camca besar perahan lemon, biar hingga mendadih)
4 camca besar susu segar dutch lady farm fresh
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur



CARA MEMBUATNYA :-)

Dalam satu bekas, masukkan bahan yang diayak, gula halus dan garam halus. Kacau rata dan ketepikan. Dalam bekas lain satukan pula buttermilk, susu segar, telur, mentega cair dan esen vanilla. Kacau hingga semua sebati. Ketepikan.

Panaskan non-stick pan saiz besar, lenser dengan sedikit minyak. Tuang bancuhan buttermilk tadi ke dalam bancuhan tepung, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Cedok 1/4 cawan bancuhan  tadi dan tuang dalam non-stick pan, ratakan sedikit atau biar bancuhan merata sendiri.

Tutup permukaan pan dengan tutup periuk sekejap (kalau dapat pan yang siap dengan penutup lagi bagus), guna api paling kecil. Bila pancake nampak pucat, terbalikkan dan masak hingga keperangan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki bancuhan. Hidangkan dengan buah2an segar. mentega dan madu, jika suka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...