Sunday, September 4, 2016

Kek koko berjalur nestum

Kek untuk majlis aqiqah juga...saya buat 2 jenis kek atas permintaan tuan rumah. 2 adunan setiap satu.


Tuan rumah cuma request utk buat 4 biji kek...terpulang pada saya memilih kek apa....tu yang saya suka. Saya pun buatlah kek yang mendap di dasar blog...yang dah lama tak ulang tayang.

Kek ni yang asalnya bertajuk kek milo berjalur nestum saya ubah namanya sebab saya tak guna milo tapi guna vico...kalau nak guna koko pun boleh juga atau bahan2 yang sama waktu dengannya. Kek ni sedap dengan adunan dua perisa nestum dan koko. Baunya pun harum semerbak. Cuba la yer...


Kek koko berjalur nestum

Bahan-bahannya

250 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum tambah dengan 2sk baking powder)
5 bj telur -gred A (bila guna gred C saya lebihkan jadi tujuh/lapan biji)
1 sdb esen vanilla
5 sb serbuk/milo/lain2
5 sb NESTUM (kisar halus)

Cara -caranya

Pukul gula dan mentega hingga kembang
Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati
Masukkan esen vanilla. Dan kemudiannye tepung sedikit demi sedikit..sebatikan adunan.
Bahagikan kepada 2 bahagian...1 adunan, masukkan Milo dan pukul sedikit hingga sebati. Kemudian 1 lg adunan, dipukul dengan Nestum yg telah dikisar halus
Tuangkan adunan berselang-seli lapisan atau mengikut kreativiti masing2..
Bakar pd suhu 180 darjah selama 45 min.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...