Sunday, September 11, 2016

Kari ikan duri xpress

Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama2 mencuri.

Itu lah pantun dua kerat yg biasa meniti dibibir masa saya kecik2 dikampung dulu. Masa tu tak pernah terfikir siakap, senohong, gelama dan ikan duri tu macam mana rupa dan rasanya. Malah siakap dan senohong tu pun bila dah tua2 ni baru tau adalah sejenis spesis ikan laut. Tambah2 si senohong tu...baru dua tiga tahun kebelakangan ni yg saya tau betul2 wujudnya...sebelum ni saya ingatkan macam satu perkataan senada yg digunakan dalam pantun jer.


Sekarang, pengetahuan saya tentang jenis2 ikan semakin meluas. Dan yang paling saya teruja, semua ikan yang disebut dalam pantun dua kerat tu saya dah kenal, masak dan makan. Thanks to encik hubby jugak la yang banyak mengajar saya mempelbagaikan jenis ikan dalam masakan. Satu lagi saya ni jenis rajin bertanya kalau specis tu saya tak permah tengok atau cuba makan. Biasanya saya tanya jugak tokey kedai tu masakan apa yang sesuai dan bagaimana teksturnya.

Ikan duri (hubby panggil mayong)....fresh dari laut yang dijual di Pasar NelΓ yan Sungai Yu. Rezeki kali ni besar2. Setiap ekor anggaran 3 - 4 kg. Saya beli dua ekor sebab nak bawak balik kg skit. Kalau ikutkan hati, nak jer saya borong baki 3 ekor yang tinggal.....tapi takkan nak ulang menu ikan duri setiap hari πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„. 


Berbalik kepada menu malam ni, kenapa tajuk N3 kali ni Kari ikan duri xpress.....apa yang xpressnya.????.  πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Xpress sebab saya cuma tambahkan bendi dan ikan duri ke dalam baki kuah kari ikan selayang yang kakak saya masak tengaharinya. Anak buah datang petang tu, saya balik agak lewat. Jadi nak cepat makan malam saya buat jer gitu. Tak sempat nak masak lain. Tetamu dan tuan rumah dah lapar. Resepi???? Sori takde...hahahahha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...