Friday, September 9, 2016

Ikan masak kicap


Bila idea dah kering....dah tak tau nak masak apa.....masa pun agak2 dah kesuntukan....perut pun masing2 dah keroncong.....haaaaa....ini la hasilnya. Buat jer masak kicap...anak2 suka sgt pun. Tapi kalau malas  nak masak kicap....hidangkan ikan goreng dengan kicap pun dah cukup...hehehe.


Ikan masak kicap

5 keping tenggiri - gaul dengan garam dan kunyit, goreng hingga keperangan

1 biji bawang besar - potong bulat
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
Cili padi - belah
Sedikit lada hitam
2 keping asam gelugur
1/3 cawan kicap masin
2 biji tomato belah 4
1/2 cawan air

Minyak untuk menumis

Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan bahan lain kecuali ikan, air dan tomato. Tumiskan selama 2 minit. Masukkan ikan dan tomato. Tambah sedikit air. Dan biarkan mendidih seketika. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...