Friday, September 9, 2016

Cempedak goreng dengan tepung goreng rangup


Cempedak tengah musim sekarang ni. Bila musim camni, boleh la buat macam2 menu berasaskan cempedak. Tapi bagi sesetengah orang tak boleh makan banyak2...angin. Boleh sakit perut dibuatnya....😆

Bau cempedak ni mengancam....melekat kat rongga hidung. Tak mampu nak tahan.godaan tambahan kalau dah ada depan mata. Kali ni saya goreng jer...nanti nak buat talam pulak la.

Cempedak goreng @ ZLC

Isi cempedak

3/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung pulut
1 biji telur
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
1/2 cawan air (air secukupnya - bergantung kepada kepekatan adunan)

Minyak secukupnya untuk menggoreng.

Satukan semua bahan kecuali air. Gaul rata. Tambah air sedikit hingga mendapat adunan yg dikehendaki.

Celup isi cempedak ke dalam adunan tepung. Goreng dalam minyak panas menggunakan api sederhana.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...