Sunday, September 4, 2016

Ayam masak merah berempah


Antara menu yang disediaksn untuk majlis aqiqah cucu sedara semalam. Ayam masak merah berempah yang pedas tapi sedap. 10 ekor ayam bersama hidangan lain disediakam untuk menjamu para tetamu.


Ayam masak merah berempah

10 ekor ayam - gaul garam dan kunyit - goreng separa garing (jgn terlalu garing nanti keras)

20 biji bawang besar - hiiris
5 labu bawang putih - hiris
10 inci halia - hiris

5 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
30 kuntum bunga cengkih
30 biji buah pelaga

200 gm rempah daging/ayam
1 botol besar sos cili
1 botol besar sos tomato
1 tin (500 gm) tomato puri
200 gm cili kering - rebus dan kisar lumat

300 gm gula
Garam secukup rasa
20 biji tomato belah 4
10 batang serai - ketuk

Minyak untuk menumis


Tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bawang besar, tumis hingga layu. Masukkan halia dan bawang putih. Tumis hingga sedikit keperangan. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan rempah. Tumis lagi selama 5 minit.

Masukkan sos dan tomato puri serta serai. Kacau sebati biarkan mendidih sebentar. Masukkan garam dan gula secukup rasa serta tomato. Biarkan tomato layu. Akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng. Gaul rata dan masakkan selama 5 minit lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...