Tuesday, August 16, 2016

Spagetthi goreng tuna


Sarapan pagi hari ni...sempoi2 ajer. Anak2 bawa bekal ke sekolah. Kenyang....


Fried spaghetti with tuna

500 gm spaghetti (angle hair)
Air secukupnya
Garam
-----------------

Panaskan air dan letak garam. Biarkan mendidih. Masukkan spaghetti dan rebus hingga lembut. Toskan dan basuh sedikit untuk membuang kanjinya.

**********
2 tin tuna dalam air toskan dan keringkan airnya
1 biji bawang holand dicincang
5 ulas bawang putih dicincang
8 biji cili padi dihiris
2 biji limau kasturi - perah jusnya
1/4 cawan minyak zaitun (nak guna minyak biasa atau mentega pun ok)
Garam secukup rasa

-----------------
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api hingga naik bau dan sedikit perang.

Masukkan tuna dan goreng hingga sebati. Perahkan limau....kacau rata. Masukkan spaghetti, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan gaul rata. Tutup api. Kacau rata dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...