Sunday, August 14, 2016

NASI KALIO BURUNG PUYUH

Lama menunggu stok puyuh dari kampung terachi sampai. Sanggup tu sbb puyuhnya diternak dan diproses dengan cara yang meyakinkan...halalan toiyiban.


Cerita pasal nasi kalio ni masaknya tak rumit. Bahan pun biasa2 jer. Rasa memang mabeles. Kalau hidangkan dengan sambal salsa arab tu pun sedap. Tapi saya tak sempat nak buat. Hubby dah menunggu, dia nak pegi opis hari ahad yang indah ini. Ada dua toga kerja kena settle sebelum besok. Tu yg balik dari pasar terus saya masak nasi kalio puyuh yang dah plan lama nak buat.


Resepi dari Chef Zaidah dalam Buku masakan
Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul yang saya cnp dari blog azlita lama dulu saya guna untuk sediakan menu ni....


NASI KALIO BURUNG PUYUH @ ZLC

10 ekor burung puyuh
4 cawan beras basmathi ~ cuci, rendam 30 minit dan toskan
5 ulas bawang merah ~ dikisar
garam secukup rasa
2 sudu besar rempah kurma
4 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar puri tomato (boleh ganti dengan puri tomato segar)
1 liter air
250 ml susu segar

Bahan Tumis

1 cm halia ~ dihiris
5 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
7 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis



Bersihkan burung puyuh.
Perapkan dengan bawang merah kisar, garam dan 1 sudu rempah kurma.

Panaskan minyak sapi di dalam kuali.
Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga wangi
Masukkan baki rempah kurma dan puri tomato gaul rata.

Kemudian masukkan burung puyuh dan tumis sehingga burung puyuh separuh masak.
Keluarkan puyuh.

Kemudian masukkan air dan susu
Masak hingga mendidih.
Masukkan beras dan perasakan dengan garam.
Tanak nasi sehingga nasi masak
Puyuh tadi kita goreng dengan minyak
Hidangkan dengan nasi.

*********

Saya beli puyuh kat sini....berminat boleh la contact nombor kat bawah ni....puyuh dia gemuk2...sedap...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...