Tuesday, August 2, 2016

Nasi Arab Kabsa Ayam


Menu pilihan majlis raya yang tak habis2 selagi bulan masih bernama syawal. Alhamdulillah....dah puasa sebulan raya pun mesti sebulan....meriahnya raya di mesia tanah airku....😃😃😃.


CHICKEN KABSA RICE

A)

1 ekor ayam - potong 4 (ayam dara berat skg ~) @ 8 (kalau guna ayam berat 2kg ke atas)
2 sb minyak
1 biji bawang besar
2 biji tomato besar - buang kulit dan cincang
1 batang kulit kayu manis
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk serbuk pelaga
1/2 sk serbuk jintan putih
4 kuntum bunga cengkih
3 helai daun salam
1 sk rempah kabsa
1 sk pes halia
1 sk pes bawang putih
3-4 biji pelaga
Garam secukup rasa

Panaskan minyak. Tumis bawang hingga keperangan. Masukkan halia dan bawang putih. Terus tumis hingga keperangan. Masukkan ayam dan air secukupnya.

Masukkan bahan2 lain kecuali garam dan rebus hingga ayam empuk. Masukkan garam setelah separuh masa memasak. Asingkan ayam daripada air rebusan. Tapis air rebusan untuk asingkan bahan2 lain.

B)

3 cawan beras basmathi
1/2 cawan kismis
3 sb minyak
2 sb minyak sapi
1 biji bawang besar - cincang
1 batang  kulit kayu manis
1/3 sk serbuk lada hitam
1/2 sk serbuk pelaga
3-4 kuntum cengkih
2 helai daun salam
1 sk rempah kabsa
1 sk serbuk halia
1 sk pes bawang putih
1 sb jus lemon
3-4 biji pelaga
Garam secukup rasa
3 sb pes tomato
1/4 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
2 biji limau kering
1 biji cili benggala - cincang kasar

Basuh beras, dan rendam 30 minit utk beras jenis pusa basmathi dengan sedikit garam.

Dalam periuk sederhana, panaskan minyak2. Tumis bawang himgga naik bau.

Tambah * dan teruskan menumis hingga naik bau. Masukkan beras, serbuk kunyit dan pes tomato. Tumis selama 2 minit. (Semalam saya masukkan stok dulu sebelum masukkan beras.)

Tambah air rebusan, jus lemon dan ayam tutup periuk. Biarkan 25 - 30 minit atau hingga nasi masak. ( saya masukkan kambing dan cili setelah nasi hampir kering dan tutup periuk 10 minit dan terus memasak dengan api kecil).  Sukatan air yg saya guna utk beras pysa cream - Air 1 cawan beras : 11/4 cawan cecair.



Salasa hara

1 biji tomato
1 biji cili hijau + cili padi (ikut citarasa)
1 pokok daun ketumbar (jgn buang akarnya)
Jus lemon/limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Satukan semua bahan dan kisar. Jgn terlalu halus....simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan bersama nasi arab.

C  (optional)

1/4 chopped fresh corainder

Place Kabsa Rice in the platter and sprinkle with roasted pine nuts and fresh corainder leave on the top Serve it with dakkos or maraq.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...