Friday, August 12, 2016

Masak lemak cili padi dengan belimbing buluh


Menu hujung minggu lepas. Lama terperam sebab malas nak menaip dan malas nak mengedit gambar. Banyak lagi masakan yang lum post kat sini. Semuanya gara2 malas.....tapi masak tak malas la....kalau malas juga kebulur la penduduk rumah ni....kesian pulakkan.

Jiran tanam belimbing buluh dan pelawa saya ambil. Apa lagi..semangat sungguh la mengutip sampai badan gatal2 kena ketit kerengga....😅😅😅. Berbaloi juga dapat sebuntil belimbing buluh, daun pisang dan lemuni.... Gatal berminggu2 pun redha...



Gulai lemak @ ZLC

3 ekor tenggiri kecil (dalam 1 kg)
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
10 biji belimbing buluh belah 2

Bahan tumbuk

2 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah / 1 biji bawang besar
15 biji cili padi (Ikut nak pedas mana)
2 batang serai diketuk
Garam secukup rasa
-------

Masukkan bahan yg ditumbuk, santan cair dan ikan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.

Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. kacau tu jgn sampai ikan hancur (setengah orang dia goreng dulu ikan supaya tak hancur bila masak tapi jgn garing sangat  - kalau goreng masukkan ikan lewat skit...lepas agak2 dah kuar wap)

Masukkan belimbing dan santan pekat. perisakan garam secukup rasa. . Masak hingga mendidih dan belimbing tu lembut sikit. Pastikan sentisa dikacau untuk elakkan santan pecah minyak. Tutup api.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...