Thursday, July 7, 2016

Lepat (pulut)


Lepat....masakan tradisi raya di kampung MIL. Lepat ni diperbuat daripada beras pulut yg digaul  dengan kelapa parut (ada juga yang menanak pulut separa masak) kemudian dibungkus dengan daun kelapa dan diikat kemas menggunakan lidi daun kelapa muda. Cara memasaknya sama macam buat ketupat nasi...direbus dalam air yg diletakkan daun pandan dan garam secukup rasa selama beberapa jam hingga pulut kembang dan padat.

Ikatan kena betul2 kemas supaya beras pulutnya tak terkeluar ketika direbus. Kalau tak kemas nanti setelah beberapa jam menunggu hasilnya cuma kelongsong kosong jer...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….

Lepat ni bukan saya yang buat. MIL yang buat atas permintaan SIL yang sakit. Saya dah try buat tapi tang nak mengikat tu fail. Habis terbarai semua beras2nya.

Apa2 pun lain kali akan saya usahakan sampai jadi. Keunikan juadah hari raya ni kena dikekalkan....nanti anak cucu cicit kita tak berpeluang menikmatinya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...