Sunday, June 5, 2016

Sotong goreng kunyit sedap


Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah, dipertemukan lagi bulan yang mulia penuh keberkatan. Moga dapat kita semua mempertingkatkan amalan dan istiqomah hingga ke akhir hayat kita...aaamiinnn.

Bulan2 puasa ni, kalau hari bekerja, masa agak terhad. Balik kerja biasanya masa tinggal lebih kurang sejam sebelum berbuka. Walaupun begitu bagi saya dan suami, itu tak boleh dijadikan alasan untuk tidak memasak juadah berbuka. Makanan luar selalunya kurang atau hampir tiada sambutan. Masing2 jadi tak berselera nak makan. Jadi kami berdua pilih menu2 ringkas dan cepat disediakan. Antaranya masakan ringkas encik hubby ni, sotong goreng kunyit. Sedap....simple....

(Tips untuk defrost lauk pauk sejuk beku yang biasa saya amalkan terutamanya ketika memasak di dinihari - saya rendam ikan dll dalam air dan ganti airnya selalu sampai ikan dll lembut semula - 15-20 minit, pastu sambil rendam tu leraikan ikan supaya tak lekat antara satu sama lain agar air tu sampai kesemua bahagian ikan dan mempercepatkan proses defrost.......sambil2 kita sediakan bahan2 lain. PS: saya ada jer microwave dan boleh jer guna tapi saya lebih suka guna kaedah tanpanya 😆)


Sotong goreng kunyit @ ZLC
Simply delicious

4 ekor sotong - potong bulat (kali ni saya guna sotong kecik - cumi)
2 inci halia -hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
Cili api - hiris (guna cili masak atau cili hijau pun ok...tak pun nak guna cili benggala pun boleh))
Serbuk kunyit dan garam secukup rasa

--------
Gaul sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 hiris hingga naik bau. Masukkan sotong. Goreng sampai masak. Sedia dimakan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...