Saturday, June 18, 2016

Sahur 13 : Mee Goreng


Menu sahur harini. Semalam tak masak nasi, buat laksa jer sebab berbuka di surau.... Jadi pepagi ni takde la lauk nak diperhangatkan. Masa sahur tadi dah terjaga pukul 3 pagi tapi kekonon nak lelap kejap jer lagi.....sudahnya terkozot tengok jam dah pukul 4.24.... Dah la takde lauk atau nasi atau roti nak dibuat sahur. Cepat2 bangun dan terus masak. Siap dah pukul 5.10. Alhamdulillah sempat siap. Kalau tidak kesian kat anak2 yg berpuasa.....nak tahan sampai waktu berbuka. Bahaya betul pejam mata kejap2 nih.....😪😪😪.



Bahan2 pun agak terhad. Takde stok tauhu, fish cake fish ball nya kali ni. Cuma saya rencahkan dengan udang saja.

Mee goreng ZLC

400 gm mee

Perencah pilihan

15 ekor udang
5 ekor sotong - potong bulat
1 bahagian dada ayam - hiris nipis
1 keping fish cake hiris nipis
5 biji fish ball belah 4
2 keping tauhu - goreng dan potong kecil


Bahan tumis

1 biji bawang besar cincang halus
5 ulas bawang putih cincang halus
10 biji cili kering kisar halus
2 sb cuka (optional)
2 sb kicap pekat (boleh guna kicap biasa 4 sb)
4 sb cawan sos tiram
4 sb sos cili
4 sb sos tomato
Garam secukup rasa

Sayuran pilihan

sawi - potong kecil
taugeh
Karot
Minyak untuk menumis

daun bawang/daun sup/cili/bawang goreng untuk hiasan

Masukkan fish cake dan fish ball. Gorengkan seketika. Kemudian masukkan bawang2 dan tumis bawang2 hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos2, cuka dan kicap. Gaul sebati dan kacaukan seketika. Rasa masinnya, jika kurang masing boleh tambah garam atau kicap. Masukkan mee. Kacau sebati agar semua mee disaluti sambal. Bila dah rata masukkan sayuran, kalau letak tauge masa dah dekat nak angkat baru letak. Masak hingga sayu layu.....pindahkan dalam bekas...taburkan tauhu dan hias dengan daun sup.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...