Saturday, June 18, 2016

Iftar 12 : Laksa


Asam laksa menu berbuka hari ni. Tak masak nasi sebab hari ni berbuka di surau. Ada sumbangan dari tokey kambing frozen. Dari sebelum puasa teringin nak makan tapi nak cari ikan selayang fresh susahnya....

Laksa ni kakak saya yang masak. Balik opis tengok dah siap. Alhamdulillah. Kuah kali ni tak la buat pekat sangat sbb ikan tak banyak...tapi masih la sedap tak hengat...


Asam laksa @ ZLC

1 kg ikan selayang - rebus dengan 5 keping asam keping dan asingkan isi dengan tulang2nya. Kisar isinya dulu menggunakan air rebusan dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian kisar tulang dan kepalanya, tapis dan masukkan patinya ke dalam periuk.

Bahan lain

5 keping asam keping (boleh tbah kalau tak cukup masam)
15 biji cili kering (ikut citarasa nak pedas boleh tambah) kisar bersama
1 biji bawang besar
2 inci belacan (bakar)

Masukkan ke dalam periuk. Dan masak hingga kuah mendidih. Kemudian masukkan

Secekak daun kesum dan sekuntum bunga kantan belah 4.

Perisakan dengan garam secukup rasa dan masak hingga kuah sedikit pekat (ikut citarasa)

Bahan2 pelengkap

1 paket laksa (terpulang nak guna yang basah atau kering) - celur lembut

Hiris
Daun salad
Timun
Bawnag besar
Cili

Limau kasturi - belah 2
Daun pudina (optional)
Telur rebus
Petis (optional)

Masukkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah. Taburkan bahan2 hiris.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...