Thursday, May 12, 2016

Sotong Bakar Ala Portugis dan Nasi Goreng Cina

Menu berbuka hari ni simple jer. Nasi goreng cina dengan sotong bakar ala portugis. Saja masak simple2 sbb lepas maghrib nanti nak camping kat depan rumah.....pasang khemah pastu masak2 megi dalam mess tin ngan bakar sosej dengan anak2.... Mess tin tu saya beli semalam masa cari kasut sekolah anak....nampak jer benda tu terus teringat masa panjat2 gunung dulu2...masak2 dalam hutan....best jer.

Kali ni hutannya pokok2 ummi tu jer la... Jadi la. Nak seronok2 dan menyeronokkan anak dan diri sendiri.

Saya bakar berkuah, tak terlalu kering. Nasi goreng cinanya pun ala koboi je....hihihi...


Resepi sotong ni saya terserempak kat meizann09.blogspot. Nampak jer terus cnp masuk kat draft blog ni. Bau pes dia masa tumis tu masya Allah harum semerbak. Bau lengkuas, bunga kantan, daun limau purut, kesum memang membangkitkan selera. Kalau dimasak dengan sotong fresh mesti lagi sedap, sotong saya ni sotong beku dari Sabah. Masa belum masak kemain gedabak, bila dah masak......ermmmm alahai...

Sotong bakar ala portugis @ ZLC

Bahan2 ( dikisar )

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
1/2 bunga kantan
5 batang cili kering ( yg sudah direndam dgn air panas/ di didihkan, takpun guna cili boh yg siap dijual )
garam dan gula secukup rasa
jus limau nipis (saya guna lemon)
sos nampla sotong (saya tak letak)

Bahan B

4 helai daun kesom
5 batang bendi ( campurkan sekali sayur dalam sotong tu bila di bakar ) * optional
2 helai daun limau purut


cara memasak

- panaskan kuali dan tumiskan bahan2 kisar hingga wangi

-letak garam, jus limau nipis, sos namla sotong sedikit gula dan serbul perasa

-- Lumurkan bahan tersebut dengan sotong, letak sayur bendi -
dan bungkuskan dgn daun pisang /foil
- siap untuk dibakar.

" Selamat Mencuba "



Saya gandakan resepi pes sotong bakar ni untuk digunakan bila nak bakar ikan pari nanti.



Nasi goreng cina

5 cawan nasi sejuk
1 biji bawang besar - tumbuk/cincang
4 ulas bawang putih - tumbuk/cincang
Sedikit bilis halus
1/2 sk serbuk lada putih
2 sb sos tiram
1 cawan sayur campuran
2 biji telur - goreng hancur
Isi ayam/fish ball/fish cake(ni semua saya tak letak kalini)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Tumis bawang2 dan bilis hingga keperangan. Masukkan isi ayam/fish ball/cake. Tumis hingga ayam masak. Masukkan sos tiram dan lada sulah. Kacau rata. Masukkan nasi. Gaul rata. Dan gorengkan seketika. Akhir sekali masukkan sayur campur. Gaul rata dan masakkan selama lebih kurang 5 ninit lagi sambil dikacau agar tidak hangit. Masukkan telur hancur dan gaul rata. Perisakan dengan garam secukup rasa. Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...