Wednesday, May 4, 2016

Pulut mangga lagikkkk

Sejak berkenalan dengan pulut mangga ni terus terpikat. Anak request lagi. Tapi kali ni mangga manis jer harumnya sudah yilekkk. Mahai sgt no.....nak pekena selalu.

Kali ni pulut tu saya letak pewarna dari bunga telang.......dan lawakan mangga munge2 tu....


Pulut mangga @ ZLC

Utk pulut

1 cawan beras pulut (rendam dua jam kalau bukan pulut susu. Kalau pulut susu boleh masak terus tanpa direndam)
1 cawan santan cair
1 sb gula
1 sk garam
1 helai daun pandan disimpul

Satukan semua bahan dan tanak  hingga masak.

Bahan lain

Mangga masak secukupnya - sejukkan didlm peti ais
Santan pekat secukupnya - sejukkan di dalam peti ais (kalau nak letak sedikit garam pun boleh)

Hidang pulut, hirisan mangga dan tuangkan santan pekat secukupnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...