Thursday, May 5, 2016

Menu berbuka puasa


Menu simple jer untuk berbuka puasa malam ni. Kira lengkap dan mengenyangkan kami sekeluarga. Dah lrpas pukul 5 baru mula memasak. Mula dengan masak asam pedas ikan sembilang kemudian dah pukul 7 baru la masak telur kicap tu. Ikan masin tu saya masak minggu lepas tinggal perangat je....memang masak lebih haritu....bila nak makan perangatkan sikit2. Ni stok last....abis dah.

Melengkapkan hidangan, hiriskan pulak timun jepun yang manis rangup tu. Saya tak tumbuk sambal sebab dah byk lauk pedas... Lagi pun kalau ada sambal nanti terlebih quota pulak makannya...... kankankan.

Air arini cincau jer.....takde juice buahan segar. Stok dah habis.


Asam pedas ikan sembilang @ ZLC

1 kg sembilang - basuh bersih
4 sb cili kering kisar
* 2 biji bawang besar
* 3 inci halia
* 6 ulas bawang putih
* 1 ketul kunyit hidup
1 cawan air asam jawa
Air secukupnya utk kuah (lebih kurang 3 cawan)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Terung/bendi
Bunga kantan dan daun kesum (saya letak kesum jer....bunga kantan stok dah pupus)

Kisar *. Masukkan bahan kisar dan cili ke dalam periuk. Masakkan bahan ini hingga hampir kering dgn api sederhana. Masukkan minyak dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan gula. Kacau hingga gula hancur. Masukkan air asam. Kacau sebati. Masukkan terung. Biarkan seketika. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan mendidih. Perisakan dengan garam secukup rasa. Masukkan ikan dan daun kesum. Masak ikan dalam 5 -10 minit ikut saiz ikan tu. Jangan masak terlalu lama ikan sembilang ni....nanti tak sedap. Tutup api.

Telut masak kicap

5 biji telur - goreng mata kerbau
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sk serbuk lada hitam
1 keping asam gelugur
1/4 cawan kicap
1 cawan air
Minyak untuk menumis

Tumis bahan hiris hingga naik bau dan sedikit keperangan. Masukkan lada hitam. Kacau sebati. Kemudian masukkab kicap. Masak sampai mendidih. Masukkan air dan asam gelugur. Akhir sekali masukkan telur. Masak hingga mendidih. Dah siap.

Ikan masin sambal pedas tu boleh rujuk resepinya KLIK DI LINK INI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...