Sunday, May 15, 2016

Apam manja coklat

Sempat juga buatkan kuih untuk program gotong royong disurau...sambil2 tunggu air masak dan sambil2 bancuh air kopi dan teh tarik garam sambil buat kuih nih....saya buat dua adunan. Dapat berpuluh2 ketul......


Apam manja coklat @ ZLC

BAHAN-BAHAN UTK KULIT

1 cawan tepung naik sendiri (boleh guna tepung gandum + 1 sk baking powder)
1 sb serbuk koko
1 bj telur
1/4 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar marjerin cair
Secubit garam


Cara:

pukul telur dan gula hingga kembang.
kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati. (Saya satukan semua bahan dlm pengisar dan kisar 10 minit).
Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas kuali leper, apabila kering, lekatkan inti di bahagian tengah dan lipat, picit dan angkat.


BAHAN UNTUK INTI kastard:

1/2 cawan tpg gandum
1 sudu besar jagung
1/2 cawan gula (ikut citarasa)
2 cawan susu
2 sb serbuk koko
Sedikit garam

Sedikit esen vanilla

cara:

satukan semua bahan tapis

dan masak sehingga likat dan berkilat.( untuk filling boleh juga gunakan vanilla cream @ cream custard, kaya atau inti kelapa)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...