Sunday, April 3, 2016

Kek buah gula hangus


Mood nak buat kek buah. Dah lama tak makan. Tapi nak yang guna gula hangus. Jadi saya pun google resepi jumpa dari sumber resepi kali ni blog melinblossom. Rasanya macam pernah cuba resepi ni sebelum ni. Tapi takde mood nak search blog archive sendiri....hihihi...

Untuk kek ni saya olah sedikit resepinya. Buah dan bahan isinya kurang sedikit dari resepi asal. Dah tu saya terlebih gaul buah yg saya dah salut tepung sampaikan buah2nya agak mendap ke bawah...tepung dengan baking powder sume tu pun saya tak ayak rata jadi ada nampak gelembung udara yang tak sekata kat kek....tapi rasanya masih memenuhi selera saya..

Kek Buah versi Bakar @ ZLC

Bahan A
2 cawan tepung gandum(.Ayak)
1 tsp baking powder.(Ayak)
1 tsap serbuk soda bikarbonat.(ayak)
3/4 cawan butter.
3 biji telur.
1 1/2 cawan gula pasir-jadikan gula hangus. (Resepi asal guna 1 cawan gula perang + 1/2 cawan gula putih)
(Saya tambah 1/2 cawan air panas)

Bahan B (Di gaul bersama)

(2 sb tepung dari 2 cawan tepung tadi)
1 3/4 cawan buah-buahan kering campuran (saya letak 2 1/2 cawan)
1/2 cawan kismis (tak letak)
1/2 cawan kismis hitam (tak letak)
1/2 cawan badam flakes (tak letak)
1 tsp serbuk rempah kek - (saya letak 1/4 sk serbuk pala dan 1/4 sk serbuk kulit kayu manis)
1/2 tsp garam
1/2 cawan madu (saya letak 1/4 shj)
2 tbsp jus sunquick (tak letak)
2 tbsp jus lemon (saya guna 1/2 biji lemon)
1 tsp esen vanilla


Cara-caranya:

Gaulkan bahan-bahan B hingga rata dan ketepikan.
Pukul butter dan gula perang hingga gebu.
Masukkan telur satu persatu sambil di pukul sehingga kembang.
Masukkan bahan-bahan yang di gaul tadi dan gaul hingga sebati.
Masak gula pasir sehingga jadi gula hangus dan tuang kan ke dalam adunan kek dan gaul cepat-cepat sehingga sebati.
Sapu butter pada loyang dan alas dengan 3 helai kertas minyak dibahagian bawahnya.

Alas keliling loyang bahagian dalam dengan kertas minyak.dan balut bahagian luar loyang dengan 2 lapisan kertas minyak.Ikat dengan dawai kemas-kemas .Tujuannya agar kek tak cepat hangus.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar hingga masak lebih kurang 1 1/2 jam.
Setelah kek masak biarkan sejuk atas redai dawai. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Potongkan keesokannya. Dengan cara ini kek bertambah moist.


**saya tak ikut cara resepi ini sangat. Saya guna gula putih 1 1/2 cawan - hanguskan dan saya letak 1/2 cawan air panas dan masak hingga likat mcm toffee.
Mentega saya cairkan dan kisar dengan telur hingga gebu dlm 10 minit dan saya masukkan gula hangus tadi dan kisar lagi hingga sebati.
Kemudian saya tuangkan dlm adunan tepung yg telah diayak bersama baking powder dan soda. Gaul sebati guna whisker. Tambah jus dari 1/2 biji lemon, madu 1/4 cawan dan saya masukan 1/4 sk serbuk pala dan 1/4 sk serbuk kulit kayu manis.
**saya bakar 1 jam  dalam suhu 160C
**Pastikan anda gaul buah2an campuran, kismis dan badam dengan sedikit tepung gandum sebelum masukkan dalam adunan. Supaya buah2an ini tidak tenggelam di dasar kek.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...