Saturday, April 30, 2016

Ikan Bakar Bersos Lemon dan Bawang Putih


Hari ni saya nak share resepi yang agak mudah citarasa timur tengah. Ikan bakar bersos lemon dan bawang putih olahan dari resepi yang saya intai di http://www.mamaslebanesekitchen.com. Resepi ni sesuai sangat untuk orang-orang yang tengah diet dan mereka yang suka rasa masam-masam manis gitew. 

Dah namanya orang melayu, suka ada rasa pedas2 sedikit bila masak lauk pauk, saya letakkan cili padi. Barulah terangkat bila makan....maunya mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan....pekena pulak dengan nasi panas.....perghhhh....terus tak angkat muka selagi tak sendawa 3 kali....hahahhah.


Ikan bakar bersos lemon dan bawang putih @ ZLC

1 ekor ikan jenahak sederhana besar (saiz lebih kurang 900gm - 1 kg)
1 biji lemon - perah jusnya
1 biji lemon dihiris bulat (8 kepingan)
4 sb minyak zaiton (minyak masak pun boleh)
1 labu bawang putih - kupas
5 biji cili padi merah dan hijau - buang biji dan cincang (kalau yang suka pedas, boleh tambah kuantitinya)
1 sb gula perang
Garam secukup rasa

Cara2nya
  
Cuci bersih ikan dan kelar badannya. Lumurkan ikan dengan garam secukup rasa. 
Tumbuk bawang putih, garam dan gula perang menggunakan lesung batu atau mesin pengisar. Pindahkan bawang ke dalam mangkuk dan masukkan minyak zaitun sedikit demi sedikit sambil kacau. Kemudian masukkan jus lemon dan cili padi dan kacau sebati. 

Letakkan ikan ke atas loyang yang telah dialas dengan foil aluminium yang dioles dengan sedikit minyak supaya tidak melekat. Lumur rata ikan dengan sos lemon tadi dan ratakan. Sumbat lemon yang dihiris ke dalam perut ikan, dan balut ikan dengan foil kemas2. Bakar ikan pada suhu 200 celcius selama 30 - 35 minit atau hingga masak.

Ikan ni sesuai dimakan begitu saja atau boleh hidangkan dengan nasi putih panas bersama lauk pauk pilihan lain.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...