Saturday, April 30, 2016

Bubur sumsum


Minum petang. Lepas makan nasi arab tadi teringin pulak nak makan bubur sumsum. Daun pandan yg diambil dari rumah jiran tadi banyak.....memang sesuai benar untuk dijadikan perisa dan pewarna alami untuk bubur ni. Gula nisan dari terengganu pun baru jer diperbaharui stoknya.

Masih lagi menggunakan resepi sama yang pernah saya siarkan diblog ini dulu.

Bubur sumsum @ ZLC

Bahan2:

1 cawan tepung beras
2 sb tepung jagung
4 1/2 cawan santan (lagi pekat santan lagi lemak buburnya - nak lagi sedap kisar kelapa parut dengan beberapa helai daun pandan untuk mendapatkan aroma dan warna semulajadi)
1 sudu teh garam

Cara2:

Campurkan semua bahan2 tadi. Masakkan dengan api sederhana.

Kacau berterusan untuk mengelakkan adunan jadi berketul2 di dasar periuk. Apabila mendidih teruskan mengacau dalam 15 minit untuk memastikan tepung benar2 masak dan menghasilkan  tekstur yang lembut dan boleh dipotong dengan cantik.

Bila adunan tepung nampak berkilat dan meletup2 tutup api.  Kacau cepat2 dan tuangkan dalam bekas.

Dah sejuk, boleh potong atau keluarkan dari bekas2 kecil, masukkan dalam mangkuk. Tuangkan sedikit kuah gula merah dan sedia untuk dinikmati.


Cara buat kuah gula merah

Gula merah/nisan/melaka
Air

Kacau sehingga larut. Setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jika dirasakan terlalu manis boleh tambah air ikut kesesuaian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...