Monday, March 14, 2016

Tauge dan kucai tumis kicap

Jom le kita tanam tauge. Sedap tau, rangup....segar....dan selamat nak makan. Memang la murah kalau nak beli tapi yang kat kedai tu susah nak dapat yang ditanam tanpa bahan kimia. Cumanya bila nak guna kena plan awal la. Tiga empat hari kemudiaan baru sesuai nak tuai.... Kalau orang jawa buat pecal, diorg suka guna tauge tanam sendiri ni...sehari dua dah dituai....kontot2 jer....makan dengan nasi kerabu pun best.
Saya tanam dalam besen kecik jer tapi boleh tumis dan bakinya guna untuk goreng Char Kuay Tiaw..... Tauge ni nak tahan lepas tuai saya simpan dalam bekas bertutup dan masuk dalam peti sejuk. Goreng ni pun takde susah2 hati nak buang2 akar ke...kulitnya ke....semua tu boleh makan. Masuk jer sekali dalam perut. Selamat insya Allah. Kucai pun ambil dari dalam pasu.


Tauge dan kucai tumis kicap @ ZLC

Tauge
Kucai
Tempe - potong kecil dan goreng kejap
Kicap
Bawang merah dan bawang putih hiris
sedikit ikan bilis
cili merah potong serong (dah potong tapi lupa masukkan)
Minyak untuk menumis dan garam secukup rasa

Panaskan minyak dan masukkan bilis, goreng sekejap. kemudian masukkan bawang dan tumis hingga naik bau. Masukkan kicap dan kacau rata (tambah sedikit air jika ingin sedikit kuah). biarkan seketika. Masukkan pula tauge, kucai dan cili. kacau rata. dan masukkan tempe goreng.Perisakan dengan garam secukupnya. Tutup api dan pindahkan ke dalam mangkuk hidangan segera supaya sayur tak lembik.
Tauge tanam sendiri @ ZLC

Kacang hijau direndam semalaman. basuh dan toskan. masukkan dalam penapis. Ambil tuala bersih, basahkan dan perah. Tutupkan kacang dengan tuala lembab tadi. masukkan penapis ke dalam besen yang lebih besar. Tutup besen dengn dulang atau tuala kering. setiap pagi dan malam, bilas tuala basah dan lalukan kacang di bawah air perlahan. jangan air kuat nanti akar taugeh patah pulak. Ulang la proses 3-4 hari. Jangan lama sangat nanti jadi pokok kacang hijau pulak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...