Sunday, March 6, 2016

Sotong tumis sayur campur


Menu simple2 aje untuk tengahari ni... Bila idea dah tandus camni la hasilnya....masak campak2 jer orang kata.

Sotong tumis sayur campur @ ZLC
 
Bahan2nya

1/2 kg sotong
2 biji bawang besar - hiris bulat
6 ulas bawang putih - ketuk
2 batang serai - ketuk
5 helai daun limau purut
10 biji cili padi - ketuk
2 biji cili merah - potong serong
1/2 paket putik jagung
1/2 paket sweet peas
1 batang lobak merah - potong panjang 
15 biji tomato ceri

5 sb sos tiram
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara2nya

Tumis bawang putih hingga naik bau. masukkan serai dan cili padi. tumis lagi hingga layu. masukkan sos tiram. kacau sebati. masukkan lobak dan sayuran lain kecuali tomato. kacau sebati dan masakkan dalam 2 minit. masukkan sotong. kacau rata. masakkan dalam 2 minit lagi. masukkan bawang dan bahan2 lain. kacau rata dan perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api setelah bawang sedikit layu.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...