Monday, March 14, 2016

Sambal jawa


Sambal jawa pembuka selera. Dah banyak kali ulang tayang....uols jangan la jemu ye sbb sekali cuba tak jemu2 makannya. Nak senang saya biasa buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Kekadang tak sempat nak jadi suhu bilik....makan jer sejuk2 tu dengan nasi baru masak. Makan dengan ulam2 pun sedap je. Macam yg ni, saya ulamkan dengan daun belalai gajah yang diambil dari pasu depan rumah jer....
Resepi Sambal tumbuk jawa @ ZLC

Ikan bilis (goreng garing)
cili merah dan cili padi
bawang merah (letak agak banyak)
bawang putih
Garam dan gula secukupnya (kekadang garam tak perlu pun sebab bilis dah masin)

Goreng semua bahan hingga bawang dan cili layu. Tumbuk lumat. Perisakan dengan sedikit garam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...