Thursday, March 10, 2016

Masak lemak telur itik


Lauk kegemaran saya nih....kalau makan tengahari kat kedai, ada lauk ni mesti ambil. Hujung minggu aritu jumpa telur itik kat kedai runcit area kampung2 tu terus beli. Tadi masa masak kuningnya byk yg pecah....telur lama. Sebiji busuk. Harga mentah sebiji rm0.80. Tu yang kalau beli dah siap masak pun mahal.

Arini saya masak lemak telur ni. Disebabkan saya takmau pecahkan telur dalam kuahnya, saya kulus dulu dalam acuan bentuk munge......hehehhe....tantik pulak telur itik kitakan..


Jom la tengok jap resepi Masak Lemak Telur Itik @ ZLC

8 Biji telur itik - pecahkan dalam acuan yg disapu minyak dan kukus.
15 biji cili padi
2 biji cili merah
1 ketul kunyit hidup
4 ulas bawang merah
2 batang serai diketuk
2 keping asam gelugur
3 cawan santan
Garam secukup rasa

Tumbuk cili, bawang dan kunyit hidup. Masukkan dalam periuk bersama bahan2 lain kecuali garam. Masak hingga mendidih dengan api kecil. Kacau selalu supays tak pecah minyak. Perasakan dengan garam secukup rasa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...