Saturday, March 12, 2016

Kek gula hangus


Misi memenuhi permintaan atuk. Atuk menyebut dari dua minggu lepas. Tapi nak tunggu kakak sampai dari Terengganu. Dia kata seronok makan ramai2. Jadi seelok2 jer kakak sampai, kek dah keluar oven. Petang saya sediakan gula hangusnya. Pukul 7 lebih baru saya adun dan perap tak sampai dua jam. Habis cerekarama kek pun siap bakar. Keluar jer dari loyang terus potong dan makan.....panas2 sedap.


Kek ni selalu juga ada siaran ulangan....ramai jugak peminatnya yang tersendiri.

Jom semak resepi kek gula hangus @ ZLC

♡♡♡Gula hangus ♡♡♡
2 cwn gula
2 cwn air
1/2 cawan (125 gm) mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar hingga perang. Bila gula dah keperangan masukkan air (hati hati sebab gula akan meletop letop.) Kecilkan api dan cepat2 masukkan air sedikit2 sambil kacau gula hingga gula hancur sepenuhnya..... Lepas tu  tutup api dan masukkan mentega, kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

6 biji telur gred A
1/2 cwn susu pekat
2 cwn tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telur sampai kembang & gebu guna blender pun boleh.
Masukkan susu pekat - pukul hingga sebati. Tuang dalam mangkuk adunan dan masukkan tepung, soda bikarbonat yg diayak terlebih dahulu. (saya tak ayak pun)
Tuang kan esen vanila dan kacau sebati guna senduk. Last kekali, masukkan gula hangus tadi dan adun sebati.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik......saya perap 2 jam pun dah ok.
Dibakar selama 1 jam suhu oven 160%C api bawah sahaja. Baki 11 minit terakhir tu pulak api atas & bawah.
atau
kukus dalam loyang yg ditutup foil selama 50-60 minit


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...