Friday, February 12, 2016

Udang goreng mentega

Menghabiskan stok udang sabah. Anak2 suka udang goreng camni.....kalau makan tak ingat.... Nak bagi puas makan kena buat sendiri....kalau kat kedai entah berapa ratus kena charge untuk hidangan saiz begini....


Udang goreng mentega @ ZLC

Bahan2:

12 ekor udang saiz besar 
sedikit daun kari 
sedikit cili padi 
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng 
2 sb mentega

4 biji kuning Telur
3 sb susu

Cara2: 

Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.
Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. 
Gaul seketika sebelum diangkat. 
Bila dah masak,ketepikan. 

Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. 

Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu, kacau2 telur dan susu bagi rata. Matikan api bila minyak tu dah panas. 

Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang copstick......tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. 
Biar dia bertali2. 

Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...