Sunday, February 14, 2016

Ikan masak cuka @ acar ikan

Antara lauk kegemaran saya....mudah disediakan....yg penting sedap menyelerakan....

Ikan masak acar/ ikan masak cuka

5 keping ikan tongkol/tuna/kembung atau lain2 yg sesuai digoreng (ikan digaul kunyit dan garam, goreng)
1/2 cawan cuka
1 biji bawang besar hiris nipis
5 biji bawang merah (kupas jer)
6 ulas bawang putih dihiris nipis
5 ulas bawang putih (kupas jer)
1 1/2 inci halia dihiris nipis
1 liter air
15 biji cili api/6 biji cili hijau/merah dibelah dua
2 sb biji sawi
1 biji timun sederhana besar dibuang bijinya dan dipotong sederhana.
garam dan gula secukup rasa

--------
Panaskan minyak di dalam periuk,
Masukkan semua bawang, halia dan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
Masukkan cili dan biji sawi. Tumis hingga layu.
Masukkan cuka dan kacau sebentar. Masukkan air, bila dah mendidih, masukkan gula, garam ikan dan timun. 

----
***selalunya kalau masak taucu atau pun masak cuka ni saya letak garam kemudian sebab ikan yang dah digoreng tadi telah diletak garam, kemasinan ikan tu akan turun ke kuahnya, jadi tak perlu garam banyak sangat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...