Tuesday, January 5, 2016

Nasi lemak pandan & ayam goreng berempah


Majlis maulidur rasul anjuran Surau Ar Raihan pada hari Sabtu, 2 Januari.... Seperti biasa, juadah yang dihidangkan adalah hasil rewang ahli kariah menggunakan peruntukan sumbangan ahli kariah juga....

Alhamdulillah....apa yang penting....kerja sama macam kata wonder pet tu....

Majlis ni dihadiri lebih 100 org...bermula  3 petang untuk rewang menyediakan kuih muih dan menu utama nasi lemak pandan, telur rebus, sambal tumis dan ayam goreng berempah istimewa ZLC. Kemudian pada ham 6, bacaan tadarus dan selawat oleh para guru dan pelajar tahfiz diadakan sehingga masuk waktu maghrib. Majlis diteruskan dengan kuliah berkitab syamail muhammadiah oleh Ustaz Syed TV Alhijrah dan berakhir dengan jamuan makan.....sekian...


Nasi lemak pandan (tumis)

10 pot beras (basuh dan rendam sekiranya guna beras basmathi

13 pot santan + air pandan (guna penyukat yang sama dengan beras - kuantiti air ikut jenis beras yang digunakan - saya kisar daun pandan dengan kelapa parut)
2 sk halba
Garam secukup rasa

bahan tumis darat

2 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1/3 cawan minyak untuk menumis

--------

Masukkan beras yg telah dicuci ke dalam periuk nasi bersama santan, halba dan garam. Biarkan setengah jam sebelum di tanak  seperti biasa hingga masak.

Tumis bahan tumis hingga naik bau dan sedikit keperangan di dalam kuali. Tuangkan bahan tumis bersama minyaknya ke dalam periuk nasi tadi. Kareh rata.


Sambal tumis ikan bilis sedap

3 cawan cili kering kisar
1/2 cawan air asam jawa pekat
6 biji bawang besar * 
1 labu bawang putih* 
1 cawan  ikan bilis*
3 cawan ikan bilis (goreng sekejap - tak perlu garing - guna minyak yg sama untuk menumis nanti)
3 batang serai dititik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kisar *.  Masukkan cili dan masak hingga airnya hampir kering. Masukkan gula secukupnya. Kacau sebati. Masukkan bawang2  dan bilis ke dalam kuali. Masak hingga airnya hampir kering. Masukkan lebih kurang 2 cawan minyak masak dan serai. Kacau sebati. Masak hingga pecah minyak. Masukkan bilis. Tambah air asam. Kacau sebati. Masukkan air secukupnya. Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa sebelum tutup api.


Ayam goreng berempah

1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak
Daun kari secukupnya
Saya tambah gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir

------
Kisar semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.
Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.

Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...