Saturday, January 16, 2016

Lauk pauk sejuk beku

Tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun bekerjaya.....bagi saya termasuklah menyediakan makanan untuk keluarga seboleh mungkin dari airtangan sendiri...... Bila ada keperluan untuk berjauhan begini saya akan cuba sediakan makanan sejuk beku untuk bekalan sepanjang kepergian saya....

Kali ni saya masakkan 2 jenis masakan berasaskan ayam untuk lunch dan dinner...sementara untuk sarapan telah saya buatkan kuah pasta, sambal bilis (sejuk beku) dan roti......alhamdulillah...sekurang2nya untuk beberapa hari ni makanan dah tersedia...cuma perlu defrost dan reheat.


Ayam masak lemak tumis ZLC

1 ekor ayam potong 8 atau ikut citarasa - gaul kunyit dan garam, goreng separuh masak (jangan terlalu garing)

kisar
1 1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1/2 biji bawang putih
6 biji cili besar merah
4 biji tomato
(Boleh tambah cili padi)

Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan 2 batang serai yg dititik dan 4 helai daun limau purut yg dihiris halus atau dikoyakkan. Kacau rata. Masukkan 3 biji ketang yg dipotong 4 (ikut saiz kentang).

Kemudian tuangkan 3 cawan santan. Kacau sebati. Masukkan ayam. Masak hingga ayam dan kentang empuk. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tambah kuantiti santan jika ingin kuah yg lebih banyak. Sejukkan dan sefia disejuk beku.

Ayam masak kicap pedas ZLC

1 ekor ayam potong 8 atau ikut citarasa - gaul kunyit dan garam, goreng separuh masak (jangan terlalu garing)
2 keping asam gelugur
3 biji tomato belah 4
1 biji bawang besar hiris bulat dan 3 biji cili merah belah tengah jika suka
Garam dan gula secukup rasa
10 sb kicap pekat manis
2 batang serai dititik
Air secukupnya

kisar
1 1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1/2 biji bawang putih
6 biji cili besar merah
(Boleh tambah cili padi)

Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan kicap manis dan serai yg dititik serta asam keping. Kacau sebati. Masukkan ayam. Masak hingga sebati. Tambah air jika perlu untuk kuah. Setelah mendidih, sesuaikan rasa. Masukksn tomato, bawang hiris dan cili. Kacau seketika. Tutup api.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...