Saturday, December 12, 2015

Pulut kuning berhias

Pulut kuning berhias untuk besday MIL dan Anniversary kami yg kebetulannya jatuh pada tarikh yg sama....12 December. 


Memandangkan MIL ada kencing manis jadi niat untuk buatkan kek dibatalkan dan gantikan dengan pulut kuning berhias ni. Kat kampung bahan tak cukup....alas kek pun takde...jadi deco ala kadar ajer la...

Pulut kuning

1 kg beras pulut - basuh dan rendam dengan serbuk kunyit selama 3 - 4 jam (kalau guna pulut susu rendam sejam jer)
2 cawan santan pekat (dari sebiji kelapa)
Garam secukup rasa

Kukus beras pulut hingga masak. (Alas loyang dengan daun pisang atau pandan untuk mendapatkan pulut yang harum).

Tuangkan pulut yg dikukus ke dalam besen atau dulang. Arun pulut dengan santan pekat yang telah dimasukkan garam secukup rasa. (Tuang santan sedikit demi sedikit ke atas pulut sambil di kacau rata hingga pulut lembut dan berkilat). Kukus sebentar pulut yang siap di arun supaya tidak cepat basi.

Untuk hiasan

Serunding
Telur puyuh
Cili merah (untuk muncung burung)
Lada hitam (untuk mata burung)
Karot
Tomato
Timun
Daun salad
Daun bawang
Lidi


Sebelum dan selepas deco....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...