Monday, December 7, 2015

Menu masakan kampung lazat


Menu masakan kampung untuk tengahari  - Asam pedas untuk dia, pucuk ubi rebus, sambal tempoyak, udang goreng kunyit, ikan pari bakar cicah sambal kicap. Saya suka masakan kampung camni...tapi tak boleh masak selalu nanti berat badan naik takble tahan....hihihi.


Asam Pedas Makcu

I Kilo ikan jenama apa2 (Sembilang/pari/tenggiri/kerapu/senangin dll)

20 biji cili kering - rebus lembut dan dikisar bersama 5 ulas Bawang Putih, 
8 ulas Bawang Merah,
2 inci Halia, 1 inci/ketul kunyit hidup

2 sb serbuk kari daging
Segengam Daun Kesum
Sekuntum Bunga Kantan – belah 4
Bendi/Terung Panjang Belah dua dan potong lebih kurang 3 inci
Sebiji tomato belah 4 (optional)
1 liter air
Air Asam Jawa pekat dalam 1/4 cawan
Gula dan Garam sekukup rasa

----

Tumis bahan kisar dan serbuk kari hingga pecah minyak. Masukkan air asam dan air.

Masukkan ikan dan bunga kantan, bendi. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan biarkan mendidih dan bendi lembut.

Masukkan tomato, kesum dan biarkan lebih kurang 3 minit......siap untuk dimakan


Udang goreng kunyit Makcu

1/2 kg udang - buang kepala dan kulit (tinggalkan ekor)
2 biji cili hijau - hiris
2 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 sk serbuk kunyit atau seketul kunyit hidup ditumbuk lumat
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumis bahan hiris hingga naik bau dan keperangan. Masukkan udang, kunyit dan garam secukup rasa. Masak hingga udang melengkung dan berubah warna atau masak selama lebih kurang 5 - 7 minit. Sedia dihidang.


Ikan pari bakar dan sambal kicap Makcu

4 potong ikan pari (bersihkan, lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.)

Daun pisang atau daun kunyit atau foil untuk membungkus

Bungkus ikan dalam daun atau foil dan bakar hingga masak.

Sambal kicap sempoi jer

Cili padi - hiris
Bawang besar - hiris
Kicap 
Perahan limau secukupnya

Satukan semua bahan. 


Pucuk ubi rebus dan sambal tempoyak

Rebus pucuk ubi dengan sedikit garam dan gula hingga lembut

Sambal tempoyak

Tempoyak
Cili padi dan cili masak
Garam
Gula (jika tempoyak masam/lama)
Bawang merah - optional

Tumbuk cili hingga lumat. Masukkan garam dan gula dan tumbuk sebati. Masukkan tempoyak dan gaul rata.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...