Saturday, December 5, 2015

Kepak ayam bermadu, tauhu goreng berlada dan sup kaki ayam tumis darat

Resepi dari majalah rasa jadi pilihan untuk hidangan makan malam. Hidangan ayam ni saya lengkapi dengan sup kaki ayam dan tauhu goreng berlada. Awal saya siapkan hidangan sebab ada urusan di luar malam ni.

Kepak ayam bermadu

BAHAN-BAHAN:

10 ketul kepak ayam
6 ulas bawang putih | ditumbuk
3 sudu makan madu
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk lada sulah

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan ayam bersama semua bahan sehingga sebati.

2. Kemudian perap semalaman dan simpan di dalam peti sejuk. (Saya perap sejam jer sbb tak plan awal nak masak ni

3. Akhir sekali, panggang kepak ayam di atas bara api. Renjis-renjiskan minyak dan lebihan perapan pada kepak ayam. Terbalikkan ayam dan panggang sekata. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. (Saya guna pemanggang ajaib. Lepas dah bakar sampai masak, saya masukkan baki sos perapan dan masak hingga sos pekat.)


Tauhu goreng berlada

5 keping tauhu - potong dua, gaul garam dan kunyit, goreng

3 sb cili kering kisar
1 sb sos cili
1 sb sos tomato
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Minyak dan garam secukupnya.

Tumbuk lumat bawang2. Tumis hingga naik bau. Masukksn cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos2, gaul sebati dan biarkan didih seketika. Masukkan tauhu dan gaul rata. Sedia dihidang.


Sup kaki ayam yumis darat

20 batang kaki ayam (boleh campur tengkuk dan bahagian tulang ayam yg lain) - rebus empuk dengan sedikit halia

Masikkan sayuran

 - lobak merah, bunga kobis, celery, brokoli (masuk beberapa minit sebelum api ditutup)

Masukkan juga bahan tumis dan 2 keping asam gelugur

2 biji bawang besar hiris
6 ulas bawang putih hiris
2 inci halia
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga

Tumis hingga naik bau dan keperangan.

Perisakan dengan garam secukup rasa.
Masak hingga mendidih dan sayuran empuk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...