Monday, December 14, 2015

Chicken Chop


Menu lunch yang dah nak ke dinner....sambil tunggu kambing masak saya siapkan chicken chop untuk lauk anak2. Kambing tu saya masak bahagian gearbox, takut diorang tak pandai makan...kesian pulak...dah la lambat lunchnya. 

Time makan tengok masing2 dah letak gearbox seketul sorang dalam pinggan....ayam pun diorang makan juga...alhamdulillah.


Chicken chop ala ZLC

2 keping dada ayam tanpa tulang - potong lebar nipis

Kisar
1 labu bawang putih
1 biji bawang besar
2 inci halia
1 sb lada putih

Gaul bahan kisar dengan ayam. Dan perap semalaman untuk hasil yang lebih sedap...tapi kalau tak sempat perap kejap pun boleh.

Bahan salut

Tepung goreng ayam (saya guna bistari)
1 biji telur (pukul sebati)

Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam telur. Gaul atas tepung dan goreng garing.

Sos lada hitam ala ZLC

1 sb mentega
1 sk tepung gandum
1 cawan susu
1 sb lada hitam
1 sb kicap
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Goreng tepung dengan mentega hingga perang. Masukkan lada hitam dan susu. Kacau sebati. Masukkan kicap dan perisakan dengan garam secukup rasa. Tambah air untuk mendapatkan kepekatan yang diingini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...