Saturday, November 21, 2015

Pasta meatball cabonara

Malam tadi anak sulung request nak makan pasta cabonara untuk sarapan. Teringin sangat katanya....ummi buatkan cumanya bila masak pasta2 ni hubby tak gemar. Nasib la ada pizza mini untuk hubby jadikan sarapan sebab dia tak suka tambah2 yg lemak berkrim macam ni.

Pasta meatball cabonara ZLC

Pasta yg direbus lembut

2 sb mentega
1/3 cawan tepung gandum
1 liter/4 cawan susu segar
150 gm cream cheese
100 gm cheddar cheese
4 biji cendawan butang segar - hiris nipis
1/4 sudu kecil lada hitam
Sedikit sweet thyme segar
Garam secukup rasa

Panaskan mentega hingga cair.
Masukkan tepung dan goreng hingga buih.
Masukkan meatball dan 1 cawan susu. Kacau sebati. Biarkan seketika. 
Tambah 1 cawan susu. Masukkan cheese, cendawan dan kacau hingga sebati dan cheese cair. Tuang baki susu. Perisakan dengan garam, lada hitam dan sweet thyme. Masak hingga mendidih dan kuah agak pekat.

Sedia dihidangkan dengan pasta pilihan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...