Monday, November 30, 2015

Pankek yogurt


Resepi ni saya selongkar dari blog abg mat gebu kita......sajer nak try macam2 resepi...kelainannya pada mayonisnya tuh....lain2 bahan lebih kurang resepi pankek yg lain tu juga.

Untuk resepi ni saya dah olah ikut bahan dan sukatan yg saya guna. Saya guna yogurt dan buat satu adunan sbb ramai nak makan. Dapat lebih kurang 16 keping. Saya guna pan saiz paling kecil. Jadi bentuknya elok jer cantik. Pankek ni sangat lembut dan gebu kejadiaan.....sangat2 hapi dengan resepi ini.

Pankek yogurt @ ZLC

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3 biji telur gred C
3 sb gula halus
2 sb mentega, dicairkan
2 sb yogurt
1 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam halus
Mentega dan madu/maple syrup untuk dimakan bersama pancake

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan yogurt, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata. Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata.

Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit (saya tak rehatkan. Terus masak jer). Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak menggunakan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak.(saya tak letak minyak)

Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan.

Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama mentega dan curahan madu atau maple syrup.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...