Saturday, November 28, 2015

Megi ketam dan sup ketam

Sarapan pagi megi ketam istimewa......pagi2 lagi dah kerah hubby ke kedai beli mee segera perisa kari....

Puas makan bila masak sendiri....kalau kat kedai dia timbang keram sebelum sebut harga...besar ketam mahal la bayarnya....

Aritu pegi cari ikan kat jeti dapat la beli ketam ni...borong sume...10 ekor saiz campur2.selebihnya buat sup untuk makan tengahari. ...Lepas la ngidam nak makan megi ketam......kak ash (geng masak2) datang aritu pun cerita pasal megi ketam....makin teringin nak makan tapi ketam jarang dapat stok...


Resepi megi ketam ZLC

1 paket mee segera perisa kari
1 ekor ketam
1 sk serbuk/pes kari
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
1/2 inci halia hiris
Minyak untuk menumis
Sayuran pilihan - kobis, bunga kobis, karot, cendawan, kacang buncis
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Hirisan cili padi dan limau nipis- optional

Panaskan minyak. Tumis bawang2 dan halia hingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan air secukupnya. Masak hingga didih. Masukkan ketam dan sayuran pilihan. Masak hingga ketam berubah warna. Masukkan mee segera dan perencahnya. Perisakan dengan garam secukup rasa. Masak dalam 4 minit lagi dan sedia di hidang. Nak pedas tabur hirisan cili dan hirisan limau.


Sup ketam simple

4 ekor ketam
Sayuran pilihan
Hiris
1 biji bawang, 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia
Titik 2 batang serai
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Rebus ketam dengan air secukupnya. Masukkan sayuran dan bahan hiris serta serai. Perisakan dengan garam secukup rasa. Masak hingga sayur empuk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...