Monday, November 23, 2015

Lempeng kelapa cicah sambal hijau

Malam ni rasa malas nak masak heavy. Lauk tengahari tadi dah selamat.....penat pun yer sbb lepas siap lunch terus buat muffin 4 adunan.


Lempeng kelapa

1 cawan kelapa parut
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
4 sb minyak masak
Garam secukup rasa
4 cawan air

Satukan dan gaul rata. Gunakan kuali non-stick. Oleskan sedikit minyak. Panaskan seketika. Tuang 1/2 cawan adunan dan layangkan kuali supaya adunan rata. (Mcm buat kulit kuih ketayap. Biarkan hingģa masak menggunakan api sederhana. Ulang proses hingga selesai.
Hidangkan bersama sambal hijau atau susu pekat.

Resepi sambal hijau

1/2 cawan ikan bilis
4 biji bawang besar
1 biji tomato
30 biji cili padi hijau (boleh campur cili besar hijau)
1 labu bawang putih
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kisar guna food processor atau tumbuk. Jangan sampai halus sgt. Panaskan minyak dan tumis hingga naik minyak. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tambah air. Masak hinga mendidih.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...