Monday, November 30, 2015

Cucur udang


Bila hari cuti seboleh2nya nak hidangkan menu lengkap...dari sarapan sampai ke supper.....
Tu yang tak keluar2 dari dapur.....pagi buatkan megi ketam, tengahari masakkan  sup, petang buatkan cucur ni pulak.....malam makan balik lauk tengahari...hihihi....

Buat cucur ni sebenarnya bertujuan untuk menghabiskan stok kobis dan nasi sejuk. Udang kulit putih pun banyak, beli kat jeti aritu....tapi mahal betul la harganya sekarang. Sekg yg saiz kecil (beso jari kelingking baby) dah 16 hengget.....mak aiiiihhh. Camna la nak.....tinggi betul kos sara hidup sekarang....

Jom la layan cucur petang ni...


Cucur udang kaya sayur ZLC

1 cawan udang kulit putih (saya buang kepalanya - kalu taknak pun takpe sebb udang ni kulit lembut)
1/4 cawan udang kering + 1 cawan nasi sejuk kisar dengan satu cawan air
3 cawan tepung gandum
1 cawan kobis yg dihiris kecil
1 batang lobak merah dihiris lidi
1/2 cawan kucai potong pendek 2 inci
1 tongkol jagung hiris isinya
Garam secukup rasa
2 biji bawang besar cincang
2 cawan air

Minyak untuk menggoreng.

Satukan semua bahan dan gaul rata. (Tambah air jika adunan terlalu pekat).
Panaskan minyak. Sendukksn adunan dan goreng hingga garing. Hidangkan bersama sos cili thai atau sebarang pencicah pilihan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...