Tuesday, December 1, 2015

Apam nasi pandan

Satapan pagi dah siap....tapi tinggal sikit jer sbb anak2 dok ngap. Sedap...tak terlalu manis, lembut... Dah agak lama juga tak buat apam nasi nih. 

Apam nasi pandan

Bahan2nya

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air pandan (kisar 10 helai daun pandan dan tapis airnya)
2 tsp yis
1 paket eno (paket biru)
Hiasan : Kelapa parut putih + secubit garam (gaul sebati)


Cara membuatnya:

Kisar nasi bersama air pandan.
Kemudian masuk gula dan kisar hingga sebati.
Dalam bekas lain campur tepung beras, tepung gandum dan yis - gaul rata dan tuang dalam adunan nasi yang telah dikisar tadi.
Gaul rata hingga sebati. 

Perap 3-4 jam. Masukkan eno dan kacau rata.
Sudukan 3/4 penuh dalam acuan yang disukai dan kukus selama 10 - 15 minit bergantung kepada saiz acuan. Hidang dengan kelapa parut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...