Tuesday, October 20, 2015

Mihun Sup Abang Sado JJ

Menu sarapan pagi ahad. Lama dah tak buat mihun sup.....plan dari malam nak sediakan menu ni. Mihunnya dah siap rendam, dagingnya dah siap rebus.....jadi takde la lama sangat nak sediakan sarapan pagi. Dah siap2 sediakan bahan, mintak hubby sediakan supnya.....ai tetiba rasa malas....nak manja2 lak pagi ni... 

Buat mihun sup ni tak susah.....kalau soto leceh sikit, kena ada begedil la....suun goreng la..... Yang ni tumis darat je rempah 3 sekawan dan bawang halia.....lepas tu celur mihun dan sayuran.....hiris daging dan buat sambal kicap istimewa...... Dah siap......

Mihun Sup Abang Sado JJ

Bahan tumis
 
2 biji bawang besar - hiris nipis
10 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga

 bahan lain

Air secukupnya utk merebus daging
2 inci halia ketuk
1 kg daging

2 batang serai diketuk
5 helai daun salam 
garam secukup rasa dan sedikit gula batu
 Mihun celur (boleh gantikan dengan mee wantan, mee kuning, kuay tiaw)

Sayuran pilihan

Sawi celur
Taugeh celur
Kobis celur 
Celery
Karot 
Tomato
Cendawan tiram
Hirisan daun sup dan bawang 
Bawang goreng

 Rebus Daging + halia hingga empuk. Keluarkan daging dan halia. Hiris nipis daging, ketepikan.

Tumis bahan tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan serai dan daun salam. Tumiskan seketika. Masukkan air rebusan daging, tambah air biasa jika kurang. Masukkan karot, celery, cendawan tiram dan tomato, masak hingga mendidih. perisakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula batu. Masukkan hirisan daun sup dan bawang (anda boleh pilih untuk masukkan daun ini ketika menghidang, tapi saya selalunya akan masuk dan masakkan sekali supaya sup lebih berperisa). Biarkan mendidih seketika. Sedia dihidang.

 Sambal Kicap

  Kicap
Cili padi
 Bawang putih
perahan limau

 Potong sedikit cili untuk mengelakkan meletup. Gorengkan cili dan bawang putih hingga layu. Angkat dan toskan. Kisar bahan2 diatas hingga halus.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...