Wednesday, October 28, 2015

Kek pisang emas di bawa belayar

Hari ni balik awal dari semalam dan dulu semalam....jadi ada lebih masa kat umah dan boleh melangsungkan niat untuk mengekek. Pisang emas yg dibawa belayar tu dah masak dan hitam....ada la dalam 10 biji yang tinggal....jadi buatkan kek pun sodap... Baunya dah mengancam kek ni...bau pisang dan rasa pisang sebenar gitu hasilnya... jom la kita semak resepinya...

Kek pisang emas di bawa belayar
@ ZLC

Bahan bahan:

4 biji pisang emas - lecek
3/4 cwn gula perang (boleh tambah 1/4 cawan lagi kalau nak lebih manis)
1/3 sk garam
1 cwn minyak masak @ mentega cair 
4 biji telur gred A

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus lemon dan parutan kulit lemon
1sk vanila ekstrak
Serbuk koko secukupnya

Cara cara:

Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. 

Kisar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5 min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kisar rata. 

Tuang adunan pisang ke dlm Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 

Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang  1/3 adunan ke dalam loyang, ayak serbuk koko di atasnya dan tuang lagi 1/3 adunan diikuti serbuk koko dan akhir sekali tuang baki adunan.  Bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...