Thursday, October 1, 2015

Kek jagung berkeju

Kek jagung berkeju....terhasil dari usaha untuk melangsaikan stok spreadable cream cheese dan jagung dlm tin... Anak2 macam tak berapa gemar pulak cheese spread ni....harapkan ummi makan sorang2....berbulan tak habis2...  Awal minggu aritu dah di masukkan dlm kek mentega.....kali ni dlm kek jagung pulak.

Kek yang terhasil lembab gebus.....dan lembut gitu....

Satu adunan banyak juga....tak muat loyang kecil....lebihannya saya bakar jer dalam papercup...

Kek jagung berkeju ZLC

Bahan2nya

2 cwn tpg gandum ayak bersama 2 sk baking powder
6 biji telur saiz C
1 cwn gula
1/2 cawan cream cheese spread
1/2 cwn susu pekat
3/4 cwn minyak/mentega cair
1 sudu besar ovellete
1 tin  425gm jagung berkrim
1 sk perisa jagung dan pewarna yang digemari

Cara2nya

pukul telur + gula + ovellete sampai gebu. + susu, pukul lagi, + minyak, pukul sampai sebati. (Saya blend jer)
masukkan tepung dan jagung, gaul sebati.
Bahagi adunan ikut pewarna pilihan dan tuangkan ke dalam loyang 10 x 10 mengikut kreativiti masing2.
Bakar 170c selama 50 min atau sampai masak.....atau kukus selama lebih kurang sejam.
dah sejuk baru potong dan makan


Cream cheese yg saya gunakan...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...