Saturday, October 31, 2015

Daging Sambal Kurma


Sesi menghabiskan stok daging dan kurma. Lagi pun dah lama tak buatkan lauk frozen untuk stok makan tengahari anak2 kat rumah. 

DAGING SAMBAL KURMA ZULFAZA

2 kg daging (kalau dapat bahagian harimau menangis lagi bagus) - rebus separuh empuk dan hiris
5 biji bawang besar hiris bulat
5 sb air asam jawa
20 biji kurma - buang biji (saya guna kurma basah)
Garam dan gula melaka secukup rasa
1 cawan minyak

Kisar halus

6 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3 inci halia
3 inci lemgkuas
30 biji cili kering - rebus lembut

Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan tumis hingga airnya kering. Masukkan minyak masak dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan daging dan sedikit air rebusan serta air asam. Masak hingga daging empuk. Masukkan kurma. Kacau sebati.
Perisakan.dengan garam dan gula melaka secukup rasa. Masukkan bawang hiris. Masakkan selama 2 minit dan tutup api.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...