Wednesday, October 7, 2015

Bebola labu sira


Sarapan pagi ringkas ajer hari ni....sempat buat bebola labu sira jer. Malam tadi dah lembutkan labu. Kali ni saya guna microwave. Kalau tak de microvawe ni boleh jer gunakan pengukus atau rebus. Tapi kaedah yg senang menggunakan mikrowave ni. Belah dua labu dan buang bijinya. Letak terlungkup di atas pinggan dan masukkan dlm microwave. Saya set 3 minit sekali. Setiap 3 minit saya check labu dan lembut ke tidak. Ada satu lagi kaedah dimana labu dibalut dengan plastik sebelum masuk microwave. 

Labu kurang berair. Jadi adunan tak guna tepung terlalu banyak. 

Jom intai resepi....

Bebola labu sira ZLC

2 cawan puree labu
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
Sedikit garam

Adun semua bahan di atas hingga rata. Panaskan minyak. Jemputkan adunan dan goreng dengan api sederhana hingga garing. Angkat dan toskan. 

Dalam kuali lain, masukkan 1/2 cawan gula dan 4 sb air. Masak hingga gula berbuih. Masukkan bebola, kecilkan api dan kacau rata hingga gula kering.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...