Thursday, September 10, 2015

Lepat labu


Lepat labu kegemaran hamba......lepas buat sira labu tadi sambung pulak buat lepat.


Lepat labu zulfaza

Bahan2

1 biji labu - belah 2, buang biji dan kukus selama 15 - 20 minit (hingga lembut), sejukkan dan keruk/korek isinya
1 cawan santan pekat (atau air)
3 cawan tepung
Gula secukup rasa
1/2 sk garam

bahan lain

daun pisang secukupnya dilayukan
kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam jika suka

satukan semua bahan kecuali santan. Adun sebati. Tambah santan sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang tidak terlalu lembik....



Cara2nya

Ambil dua sudu adunan dan ratakan dia atas daun pisang.


Letakkan sedikit kelapa parut jika suka..

Ada sesetengah orang tak sukar lepat yang berinti.....jadi boleh abaikan inti kelapa parut tu....buat la ikut citarasa masing2.



Gulung lepat seperti gambar di atas.



Lipat kedua2 hujung. 
Susun di dalam loyang pengukus. Buat hingga siap.


Setelah siap, kukus lepat selama 1/2 jam.
Sejukkan dan sedia dinikmakti....


Tunggu sejuk baru makan....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...