Wednesday, September 2, 2015

Kuih puteri mandi


Melayan kuih traditional berasaskan tepung pulut dua hari ni.....menghabiskan tepung pulut buat kuih tepung bunga semalam. Malas nak simpan2...
Hari ni pun balik cepat sebab office blackout...seluruh kawasan bergelap..sejam tunggu tak cerah2 jadi pakat balik la ramai2....phone line takde...internet takde...mati kutu jadinya.


Kuih puteri mandi

2 cawan tepung pulut
1 cawan air
Sedikit garam
Pewarna pilihan

Air untuk merebus
Inti kelapa secukupnya

Satukan tepung dan garam. Tuang air sedikit2 sambil menggaul tepung hingga jadi doh lembut. Bahagikan adunan ikut citarasa dan masukkan pewarna pilihan dan uli sebati.

Panaskan air di dalam periuk. Ambil doh sebesar guli. Bulatkan dan tekan leper dan rebuas hingga timbul. Angkat doh yg timbul dan gaulkan dengan inti kelapa.

Inti kelapa durian

Sebiji kelapa muda parut
2 keping gula nise atau gula melaka atau gula putih secukup rasa.
6 ulas isi durian
Sedikit garam
1 cawan air
Daun pandan simpul
-----------
Satukan semua bahan dan masak hingga gula hancur dan inti agak kering.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...