Friday, August 28, 2015

Ikan goreng berlada



Kat rumah ni kekadang menu simple jer....asalkan dimasak sendiri. Tak perlu la lauk pauk penuh meja, lauk darat sampai ke laut, cukup sekadar satu atau dua masakan. Hubby jenis yang tak cerewet, anak2 pulak dah terbiasa dengan menu serba ringkas, almaklum umminya bekerja. 

Masak sekadar yg termampu dibuat dalam tempoh yg singkat dan perlu menyiapkan juadah sarapan dan juga lauk tengahari. Pagi sebelum berangkat ke pejabat saya ada lebih kurang sejam untuk siap memasak semua juadah dan menghidang sarapan. 

Resepi ikan goreng berlada

3 ekor ikan kerisi (gaul kunyit dan garam - goreng, angkat dan tos)
*5 biji cili masak (boleh juga guna cili padi kalau nak lebih pedas)
1 barang serai diketuk
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
1/2 sk pes asam jawa
Garam dan gula melaka secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumbuk kasar *. Tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ikan goreng dan gaul rata. Masukkan asam jawa serta perisakan dengan garam dan gula melaka. Sedia dihidang.
Untuk kali ni saya hidangkan ikan ni dengan sayur kobis tumis air.... Alhamdulillah kenyang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...